Search

Monday 13 June 2016

Kisah Dakwah ayahanda dan bonda di Jepun


Oleh : Ustaz Safwatullah Bin Mohd Fadli


Ayahanda berpesan pada saya dan adik-adik " Untuk berdakwah dengan orang Jepun ni, atau kepada apa sahaja bangsa, kita mesti lebih terbaik dari mereka.

Jika mereka sentiasa kemas dengan pakaian mereka, kita pendakwah mesti lebih kemas dari mereka. "
Bonda menyambung pesanan ayahanda " Betul tu, apa yang perlu kita lihat pada pemakaian kita..

Mesti bersih..
Mesti wangi..
Mesti baju yang berstrika..
Mesti menarik warnanya..
Mesti design yang menarik..
Mesti pakaian yang sempurna syariatnya..
Dan yang lebih terbaik, pakaian itu mengikuti sunnah Nabi..

Jika kita punya pemakaian pun tidak jauh beza seperti mereka..

Bagaimana mereka ingin tertarik dengan kita "

Saya mendengar dengan penuh minat, dan hati saya berkata..

" Betul juga, selama ini ramai yang berdakwah, sekadar ada semangatnya, tetapi ramai yang tidak ada senjatanya, iaitu " Ilmu dalam Dakwah.

Lebih-lebih lagi, yang tidak ada langsung syiar Islam itu..

Pergi berdakwah, namun di kepala tiada kopiah.

Pakaiannya pula, hanya ala kadar, berpakaian T-Shirt dah macam nak bersukan.

Awal-awal lagi, dah tewas.

Allah..Allah, aku pun perlu berbaiki diri ni, diri aku juga ada kekurangannya."

Hatiku berbisik..

Biarpun hanya sekadar pakaian, nampak seperti perkara kecil, namun itulah yang menjadi penarik minat mereka yang belum Islam melihat kita.

Lebih-lebih lagi berserban ' kemas ' di kepala, cukup ramai yang dapat hidayah kerana jatuh hati melihat serban.

Yang berkongsi kisah bagaimana dapat hidayah, ramai yang mengatakan " Mimpi bertemu insan yang berserban ".

Kita hanya cetuskan asbab, hidayah itu pemberian dari Allah.

Tiada daya kita makhluk untuk memberikannya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...