Berfirman Allah Taala :
ﺇِﻧَّﻤَﺎ ﻳَﻌْﻤُﺮُ ﻣَﺴَﺎﺟِﺪَ ﺍﻟﻠّﻪِ ﻣَﻦْ ﺁﻣَﻦَ ﺑِﺎﻟﻠّﻪِ ﻭَﺍﻟْﻴَﻮْﻡِ ﺍﻵﺧِﺮِ
ﻭَﺃَﻗَﺎﻡَ ﺍﻟﺼَّﻼَﺓَ ﻭَﺁﺗَﻰ ﺍﻟﺰَّﻛَﺎﺓَ ﻭَﻟَﻢْ ﻳَﺨْﺶَ ﺇِﻻَّ ﺍﻟﻠّﻪَ ﻓَﻌَﺴَﻰ
ﺃُﻭْﻟَـﺌِﻚَ ﺃَﻥ ﻳَﻜُﻮﻧُﻮﺍْ ﻣِﻦَ ﺍﻟْﻤُﻬْﺘَﺪِﻳﻦَ :ﺔﺑﻮﺘﻟﺍ ﺓﺭﻮﺳ :ﺔﻳﻵﺍ
.18
“Hanya yang memakmurkan masjid-masjid
Allah ialah orang-orang yang beriman
kepada Allah dan Hari kemudian, serta
tetap mendirikan shalat, menunaikan
zakat dan tidak takut (kepada siapapun)
selain kepada Allah, maka merekalah
orang-orang yang diharapkan termasuk
golongan orang-orang yang mendapat
petunjuk”. At-Taubah : 18
Solat berjemaah sangat dituntut dalam
Islam. Solat berjemaah menzahirkan syiar
Islam dan memupuk semangat perpaduan di
kalangan muslimin. Kerana inilah ia perlu
dihidupkan dalam kehidupan seharian kita,
selaku insan bergelar muslim.
Hukum Solat Berjemaah.
Para ulamak sangat menekankan kepentingan
solat berjemaah, sekalipun mereka berkhilaf
tentang hukumnya. Ada yang berpendapat
hukumnya fardu ain seperti Imam Auzaiey,
Atoa', Ahmad, Dawuud az-Zohiri dan
sebahagian ulamak muhaddisin dari mazhab
Syafie seperti Ibnu Khuzaimah, Abu Thur dan
Ibnu Hibban.Manakala setengahnya
berpendapat fardhu kifayah sebagaimana yang
masyhur dalam mazhab Syafie dan ada yang
menganggapnya sebagai sunat muakkadah dan
Imam Bukhari juga menganggap solat
berjemaah itu wajib.
Kesimpulannya, hukum solat berjemaah
adalah sunat muakkadah ataupun fardhu
kifayah jika dilihat kepada hukumnya bagi
setiap waktu sembahyang satu persatu, tetapi
jika dilihat kepada hukumnya secara
keseluruhan, maka hukum sembahyang
berjemaah adalah fardhu ain. Ini bererti,
seseorang muslim dilonggarkan untuk
meninggalkan solat berjemaah sekali-sekala,
tetapi tidak harus baginya untuk
meninggalkannya secara berterusan, seolah-
olah tidak ada sebarang ikatan antaranya dan
antara solat berjemaah dan juga masjid.
Kalaulah dia
melakukan demikian, maka sebenarnya dia
telah melakukan satu perkara yang dilarang
oleh agama.
Kerana inilah Rasulullah s.a.w.
mengancam untuk membakar rumah-rumah
orang yang tidak keluar untuk berjemaah.
Sembahyang berjemaah juga dapat
menghidupkan dan mengimarahkan
masjid,dan ia merupakan tanda keimanan.
Firman Allah SWT:
Hanyasanya yang
memakmurkam masjid-masjid ialah orang
yang beriman dengan Allah dan juga hari
akhirat. Surah at-Taubah: 18 .
Sabda
Rasulullah s.a.w.: Bila kamu melihat
seorang lelaki yang sentiasa ke masjid,
maka bersaksilah bahawa dia memang
seorang yang beriman. Riwayat Ahmad dan
Tirmizi .
Berkata Ibnu Mas'ud: Memang jelas
daripada pemerhatianku, bahawa tidak ada
yang meninggalkan solat berjemaah
melainkan orang munafik yang jelas sikap
munafiqnya. Riwayat Muslim.
Begitu juga
haramnya bagi seluruh orang Islam di sesuatu
kawasan untuk meninggalkan solat berjemaah,
kerana itu bererti menghapuskan satu
daripada syiar Islam. Maka mereka wajib
dikenakan tindakan oleh pemerintah,
sekalipun mereka semua menganggap
hukumnya hanyalah sunat muakkadah.
Adapun kita berjemaah pada solat sunat ,
maka ia adalah harus , kerana Rasulullah
s.a.w. beberapa kali pernah melakukannya.
Dan terdapat beberapa solat sunat yang
memang disunatkan berjemaah. Dan tuntutan
solat berjemah tidak dikenakan kepada
perempuan, kanak-kanak dan juga para
musafir.
Fadhilat Solat Berjemaah
ﻋَﻦِ ﺍﺑْﻦِ ﻋُﻤَﺮَ ﺃَﻥَّ ﺭَﺳُﻮﻝَ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﺻَﻠَّﻰ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﻭَﺳَﻠَّﻢَ ﻗَﺎﻝَ : ﺻَﻠَﺎﺓُ ﺍﻟْﺠَﻤَﺎﻋَﺔِ ﺃَﻓْﻀَﻞُ ﻣِﻦْ ﺻَﻠَﺎﺓِ ﺍﻟْﻔَﺬِّ ﺑِﺴَﺒْﻊٍ ﻭَﻋِﺸْﺮِﻳﻦَ ﺩَﺭَﺟَﺔً. ﺭَﻭَﺍﻩُ ﺍﻟْﺒُﺨَﺎﺭِﻱُّ ﻭَﻣُﺴْﻠِﻢٌ.
Daripada Ibnu Umar r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sembahyang berjemaah itu lebih afdhal daripada sembahyang bersendirian dengan dua puluh tujuh kali ganda". Riwayat Bukhari dan Muslim.
Akibat Meninggalkan Solat Berjemaah
ﻋَﻦْ ﺃَﺑِﻲْ ﺍﻟﺪَّﺭْﺩَﺍﺀِ: ﺳَﻤِﻌْﺖُ ﺭَﺳُﻮﻝَ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﺻَﻠَّﻰ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﻭَﺳَﻠَّﻢَ ﻳَﻘُﻮﻝُ: ﻣَﺎ ﻣِﻦْ ﺛَﻠَﺎﺛَﺔٍ ﻓِﻲ ﻗَﺮْﻳَﺔٍ ﻭَﻟَﺎ ﺑَﺪْﻭٍ ﻟَﺎ ﺗُﻘَﺎﻡُ ﻓِﻴﻬِﻢُ ﺍﻟﺼَّﻠَﺎﺓُ ﺇِﻟَّﺎ ﻗَﺪِ ﺍﺳْﺘَﺤْﻮَﺫَ ﻋَﻠَﻴْﻬِﻢُ ﺍﻟﺸَّﻴْﻄَﺎﻥُ ﻓَﻌَﻠَﻴْﻜُﻢْ ﺑِﺎﻟْﺠَﻤَﺎﻋَﺔِ ﻓَﺈِﻧَّﻤَﺎ ﻳَﺄْﻛُﻞُ ﺍﻟﺬِّﺋْﺐُ ﺍﻟْﻘَﺎﺻِﻴَﺔَ . ﻩﺍﻭﺭ ﻮﺑﺃ ﺩﻭﺍﺩ .ﻲﺋﺎﺴﻨﻟﺍﻭ
Daripada Abu Darda' r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: " Mana-mana (kumpulan yang jumlahnya) tiga orang, samada di kampong atau di pedalaman yang tidak mendirikan solat (berjemaah), nescaya mereka akan dikuasai oleh syaitan. Kamu hendaklah berjemaah, kerana sesungguhnya serigala itu memakan (ternakan) yang jauh (terpencil daripada kumpulan)”. Riwayat Abu Dawuud dan an- Nasaaiyy.
Fadhilat Solat Berjemaah
ﻋَﻦِ ﺍﺑْﻦِ ﻋُﻤَﺮَ ﺃَﻥَّ ﺭَﺳُﻮﻝَ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﺻَﻠَّﻰ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﻭَﺳَﻠَّﻢَ ﻗَﺎﻝَ : ﺻَﻠَﺎﺓُ ﺍﻟْﺠَﻤَﺎﻋَﺔِ ﺃَﻓْﻀَﻞُ ﻣِﻦْ ﺻَﻠَﺎﺓِ ﺍﻟْﻔَﺬِّ ﺑِﺴَﺒْﻊٍ ﻭَﻋِﺸْﺮِﻳﻦَ ﺩَﺭَﺟَﺔً. ﺭَﻭَﺍﻩُ ﺍﻟْﺒُﺨَﺎﺭِﻱُّ ﻭَﻣُﺴْﻠِﻢٌ.
Daripada Ibnu Umar r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sembahyang berjemaah itu lebih afdhal daripada sembahyang bersendirian dengan dua puluh tujuh kali ganda". Riwayat Bukhari dan Muslim.
Akibat Meninggalkan Solat Berjemaah
ﻋَﻦْ ﺃَﺑِﻲْ ﺍﻟﺪَّﺭْﺩَﺍﺀِ: ﺳَﻤِﻌْﺖُ ﺭَﺳُﻮﻝَ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﺻَﻠَّﻰ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﻭَﺳَﻠَّﻢَ ﻳَﻘُﻮﻝُ: ﻣَﺎ ﻣِﻦْ ﺛَﻠَﺎﺛَﺔٍ ﻓِﻲ ﻗَﺮْﻳَﺔٍ ﻭَﻟَﺎ ﺑَﺪْﻭٍ ﻟَﺎ ﺗُﻘَﺎﻡُ ﻓِﻴﻬِﻢُ ﺍﻟﺼَّﻠَﺎﺓُ ﺇِﻟَّﺎ ﻗَﺪِ ﺍﺳْﺘَﺤْﻮَﺫَ ﻋَﻠَﻴْﻬِﻢُ ﺍﻟﺸَّﻴْﻄَﺎﻥُ ﻓَﻌَﻠَﻴْﻜُﻢْ ﺑِﺎﻟْﺠَﻤَﺎﻋَﺔِ ﻓَﺈِﻧَّﻤَﺎ ﻳَﺄْﻛُﻞُ ﺍﻟﺬِّﺋْﺐُ ﺍﻟْﻘَﺎﺻِﻴَﺔَ . ﻩﺍﻭﺭ ﻮﺑﺃ ﺩﻭﺍﺩ .ﻲﺋﺎﺴﻨﻟﺍﻭ
Daripada Abu Darda' r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: " Mana-mana (kumpulan yang jumlahnya) tiga orang, samada di kampong atau di pedalaman yang tidak mendirikan solat (berjemaah), nescaya mereka akan dikuasai oleh syaitan. Kamu hendaklah berjemaah, kerana sesungguhnya serigala itu memakan (ternakan) yang jauh (terpencil daripada kumpulan)”. Riwayat Abu Dawuud dan an- Nasaaiyy.
Ancaman Kepada Yang Berterusan
Meninggalkan Solat Berjemaah
ﻋَﻦْ ﺃَﺑِﻲ ﻫُﺮَﻳْﺮَﺓَ ﻗَﺎﻝَ : ﻗَﺎﻝَ ﺭَﺳُﻮﻝُ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﺻَﻠَّﻰ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻋَﻠَﻴْﻪِ
ﻭَﺳَﻠَّﻢَ : ... ﻭَﻟَﻘَﺪْ ﻫَﻤَﻤْﺖُ ﺃَﻥْ ﺁﻣُﺮَ ﺑِﺎﻟﺼَّﻠَﺎﺓِ ﻓَﺘُﻘَﺎﻡَ, ﺛُﻢَّ ﺁﻣُﺮَ
ﺭَﺟُﻠًﺎ ﻓَﻴُﺼَﻠِّﻲَ ﺑِﺎﻟﻨَّﺎﺱِ, ﺛُﻢَّ ﺃَﻧْﻄَﻠِﻖَ ﻣَﻌِﻲ ﺑِﺮِﺟَﺎﻝٍ ﻣَﻌَﻬُﻢْ
ﺣُﺰَﻡٌ ﻣِﻦْ ﺣَﻄَﺐٍ , ﺇِﻟَﻰ ﻗَﻮْﻡٍ ﻟَﺎ ﻳَﺸْﻬَﺪُﻭﻥَ ﺍﻟﺼَّﻠَﺎﺓَ ﻓَﺄُﺣَﺮِّﻕَ
ﻋَﻠَﻴْﻬِﻢْ ﺑُﻴُﻮﺗَﻬُﻢْ ﺑِﺎﻟﻨَّﺎﺭِ . ﺭَﻭَﺍﻩُ ﺍﻟْﺒُﺨَﺎﺭِﻱُّ ﻭَﻣُﺴْﻠِﻢٌ.
Daripada Abu Hurairah r.a.: Rasulullah s.a.w.
bersabda: “ …sesungguhnya memang aku
bercadang untuk menyuruh diiqamahkan
sembahyang dan aku suruh seseorang
untuk mengimami para jemaah,dan aku
pula keluar dengan beberapa orang lelaki
yang membawa bersama mereka beberapa
ikatan kayu api untuk pergi ke rumah-
rumah orang yang tidak hadir kepada solat
berjemaah, lalu aku bakarkan rumah-
rumah mereka . Riwayat Bukhari dan Muslim.
Meninggalkan Jemaah Sifat Orang Munafiq
ﻋَﻦْ ﻋَﺒْﺪِ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﺑْﻦِ ﻣَﺴْﻌُﻮْﺩٍ ﺭَﺿِﻲَ ﺍﻟﻠﻪُ ﻋَﻨْﻪُ ﻗَﺎﻝَ: ﻣَﻦْ
ﺳَﺮَّﻩُ ﺃَﻥْ ﻳَﻠْﻘَﻰ ﺍﻟﻠَّﻪَ ﻏَﺪًﺍ ﻣُﺴْﻠِﻤًﺎ ﻓَﻠْﻴُﺤَﺎﻓِﻆْ ﻋَﻠَﻰ ﻫَﺆُﻟَﺎﺀِ
ﺍﻟﺼَّﻠَﻮَﺍﺕِ ﺣَﻴْﺚُ ﻳُﻨَﺎﺩَﻯ ﺑِﻬِﻦَّ , ﻓَﺈِﻥَّ ﺍﻟﻠَّﻪَ ﺷَﺮَﻉَ ﻟِﻨَﺒِﻴِّﻜُﻢْ
ﺻَﻠَّﻰ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﻭَﺳَﻠَّﻢَ ﺳُﻨَﻦَ ﺍﻟْﻬُﺪَﻯ , ﻭَﺇِﻧَّﻬُﻦَّ ﻣِﻦْ ﺳُﻨَﻦِ
ﺍﻟْﻬُﺪَﻯ , ﻭَﻟَﻮْ ﺃَﻧَّﻜُﻢْ ﺻَﻠَّﻴْﺘُﻢْ ﻓِﻲ ﺑُﻴُﻮﺗِﻜُﻢْ ﻛَﻤَﺎ ﻳُﺼَﻠِّﻲ ﻫَﺬَﺍ
ﺍﻟْﻤُﺘَﺨَﻠِّﻒُ ﻓِﻲ ﺑَﻴْﺘِﻪِ ﻟَﺘَﺮَﻛْﺘُﻢْ ﺳُﻨَّﺔَ ﻧَﺒِﻴِّﻜُﻢْ, ﻭَﻟَﻮْ ﺗَﺮَﻛْﺘُﻢْ
ﺳُﻨَّﺔَ ﻧَﺒِﻴِّﻜُﻢْ ﻟَﻀَﻠَﻠْﺘُﻢْ ... ﻭَﻟَﻘَﺪْ ﺭَﺃَﻳْﺘُﻨَﺎ ﻭَﻣَﺎ ﻳَﺘَﺨَﻠَّﻒُ ﻋَﻨْﻬَﺎ
ﺇِﻟَّﺎ ﻣُﻨَﺎﻓِﻖٌ ﻣَﻌْﻠُﻮﻡُ ﺍﻟﻨِّﻔَﺎﻕِ ﻭَﻟَﻘَﺪْ ﻛَﺎﻥَ ﺍﻟﺮَّﺟُﻞُ ﻳُﺆْﺗَﻰ ﺑِﻪِ
ﻳُﻬَﺎﺩَﻯ ﺑَﻴْﻦَ ﺍﻟﺮَّﺟُﻠَﻴْﻦِ ﺣَﺘَّﻰ ﻳُﻘَﺎﻡَ ﻓِﻲ ﺍﻟﺼَّﻒِّ. ﺭَﻭَﺍﻩُ
ﻣُﺴْﻠِﻢٌ .
Abdullah bin Mas'ud r.a. berkata: " Sesiapa
yang suka untuk berjumpa Allah di besok
hari (qiamat) dalam keadaan muslim
(selamat), maka hendaklah dia menjaga
sembahyang-sembahyang fardu (dengan
dilakukan berjemaah) di mana sahaja azan
berkumandang. Sesungguhnya Allah SWT
telah mensyariatkan kepada Nabi kamu
sunanul huda (jalan-jalan hidayah), dan
sesungguhnya solat berjemaah itu
sebahagian daripada sunanul huda. Maka
jika kamu bersembahyang di rumah-
rumah kamu sebagaimana orang yang
tidak hadir ini bersembahyang di
rumahnya, maka sebenarnya kamu telah
meninggalkan sunnah Nabi kamu. Dan
jika kamu meninggalkan sunnah nabi
kamu, nescaya kamu akan sesat…Dan
sesungguhnya kami (para sahabat)
menganggap bahawa tiada yang tidak
hadir untuk berjemaah melainkan orang
munafiq yang jelas kemunafiqannya. Dan
sesungguhnya ada seorang lelaki (di
kalangan kami yang uzur) dibawa (juga
untuk berjemaah) dengan dipapah oleh
dua orang, (dipapah) sehinggalah dia
diletakkan ke dalam saf (sembahyang ).
Hadis riwayat Muslim.
Solat Yang Paling Susah Bagi Munafiqin
Untuk Berjemaah
ﻋَﻦْ ﺃَﺑِﻲ ﻫُﺮَﻳْﺮَﺓَ ﻗَﺎﻝَ : ﻗَﺎﻝَ ﺍﻟﻨَّﺒِﻲُّ ﺻَﻠَّﻰ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻋَﻠَﻴْﻪِ
ﻭَﺳَﻠَّﻢَ : ﻟَﻴْﺲَ ﺻَﻠَﺎﺓٌ ﺃَﺛْﻘَﻞَ ﻋَﻠَﻰ ﺍﻟْﻤُﻨَﺎﻓِﻘِﻴﻦَ ﻣِﻦَ ﺍﻟْﻔَﺠْﺮِ
ﻭَﺍﻟْﻌِﺸَﺎﺀِ, ﻭَﻟَﻮْ ﻳَﻌْﻠَﻤُﻮﻥَ ﻣَﺎ ﻓِﻴﻬِﻤَﺎ ﻟَﺄَﺗَﻮْﻫُﻤَﺎ ﻭَﻟَﻮْ ﺣَﺒْﻮًﺍ.
ﺭَﻭَﺍﻩُ ﺍﻟْﺒُﺨَﺎﺭِﻱُّ ﻭَﻣُﺴْﻠِﻢٌ.
Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w.
bersabda: " Tidak ada sembahyang yang
lebih berat kepada orang munafiqin
(untuk dilakukannya secara berjemaah)
lebih daripada solat isyak dan subuh.
Kalaulah mereka mengetahui (ganjaran
pahala) yang ada pada kedua-duanya,
nescaya mereka akan datang sekalipun
dalam keadaan merangkak ". Riwayat
Bukhari Muslim .
Kelebihan Solat Isyak Dan Subuh
Berjemaah
ﻋَﻦْ ﻋُﺜْﻤَﺎﻥَ ﺑْﻦِ ﻋَﻔَّﺎﻥَ, ﺳَﻤِﻌْﺖُ ﺭَﺳُﻮﻝَ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﺻَﻠَّﻰ ﺍﻟﻠَّﻪُ
ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﻭَﺳَﻠَّﻢَ ﻳَﻘُﻮﻝُ: ﻣَﻦْ ﺻَﻠَّﻰ ﺍﻟْﻌِﺸَﺎﺀَ ﻓِﻲ ﺟَﻤَﺎﻋَﺔٍ
ﻓَﻜَﺄَﻧَّﻤَﺎ ﻗَﺎﻡَ ﻧِﺼْﻒَ ﺍﻟﻠَّﻴْﻞِ , ﻭَﻣَﻦْ ﺻَﻠَّﻰ ﺍﻟﺼُّﺒْﺢَ ﻓِﻲ
ﺟَﻤَﺎﻋَﺔٍ ﻓَﻜَﺄَﻧَّﻤَﺎ ﺻَﻠَّﻰ ﺍﻟﻠَّﻴْﻞَ ﻛُﻠَّﻪُ . ﺭَﻭَﺍﻩُ ﻣُﺴْﻠِﻢٌ.
Daripada Usman bin Affan r.a., Rasulullah
s.a.w. bersabda: " Sesiapa yang sembahyang
Isya' berjemaah, maka seolah-olah dia
telah bangun separuh malam, dan sesiapa
yang sembahyang subuh berjemaah, maka
seolah-olah dia telah bersembahyang
keseluruhan malam. Hadis riwayat Muslim.
Celaan Kepada Yang Malas Datang
Berjemaah
ﻋَﻦْ ﺃَﺑِﻲ ﻫُﺮَﻳْﺮَﺓَ ﺃَﻥَّ ﺭَﺳُﻮﻝَ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﺻَﻠَّﻰ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﻭَﺳَﻠَّﻢَ
ﻗَﺎﻝَ : ﻭَﺍﻟَّﺬِﻱ ﻧَﻔْﺴِﻲ ﺑِﻴَﺪِﻩِ ﻟَﻮْ ﻳَﻌْﻠَﻢُ ﺃَﺣَﺪُﻫُﻢْ ﺃَﻧَّﻪُ ﻳَﺠِﺪُ
ﻋَﺮْﻗًﺎ ﺳَﻤِﻴﻨًﺎ ﺃَﻭْ ﻣِﺮْﻣَﺎﺗَﻴْﻦِ ﺣَﺴَﻨَﺘَﻴْﻦِ ﻟَﺸَﻬِﺪَ ﺍﻟْﻌِﺸَﺎﺀَ . ﺭَﻭَﺍﻩُ
ﺍﻟْﺒُﺨَﺎﺭِﻱُّ .
Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w.
bersabda: "Demi Allah yang mana jiwaku
berada dalam tanganNya (kekuasaanNya)!
Kalaulah salah seorang daripada mereka
mengetahui bahawa mereka akan
mendapat seketul daging yang gemuk
atau mendapat dua ketul daging yang baik
daripada dua celah kuku kambing, nescaya
mereka akan datang berjemaah solat
Isya' . Hadis riwayat Bukhari.
Hukum Wanita Datang Berjemaah
ﻋَﻦِ ﺍﺑْﻦِ ﻋُﻤَﺮَ ﺃَﻥَّ ﺭَﺳُﻮﻝَ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﺻَﻠَّﻰ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻋَﻠَﻴْﻪِ
ﻭَﺳَﻠَّﻢَ ﻗَﺎﻝَ: ﻟَﺎ ﺗَﻤْﻨَﻌُﻮﺍ ﺇِﻣَﺎﺀَ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﻣَﺴَﺎﺟِﺪَ ﺍﻟﻠَّﻪِ. ﻩﺍﻭﺭ
ﻱﺭﺎﺨﺒﻟﺍ .ﻢﻠﺴﻣﻭ
Daripada Abdullah bin Umar, Rasulullah
s.a.w. bersabda: "Janganlah kamu
menghalang para wanita untuk datang ke
masjid-masjid Allah SWT". Riwayat Bukhari
dan Muslim.
Rujukan :
1. Al-Quran
2. Hadis
No comments:
Post a Comment